Monday, July 31, 2017

SISTEM MAKLUMAT DALAM ORGANISASI


Kod Kursus:

TS 1023

Sinopsis:

Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep-konsep asas bagi memahami sistem maklumat dalam organisasi. Ia merangkumi pengenalan serta pembangunan kepada sistem maklumat dalam organisasi, Sistem Sokongan Keputusan (DSS), Sistem Maklumat Pengurusan (MIS), Sistem Maklumat Perakaunan (AIS) dan Sistem Maklumat Pemasaran. Kursus ini juga menyentuh aspek-aspek penting tentang ekonomi digital masa kini, e-business, e-dagang dan teknologi tanpa wayar.


Hasil Pembelajaran:

1.    Pelajar dapat menghuraikan konsep Sistem Maklumat dalam organisasi dan etika penggunaannya. (A3)

2.    Pelajar dapat mengklasifikasikan jenis-jenis Sistem Maklumat dalam organisasi mengikut fungsinya. (C4)

3.    Pelajar dapat menerangkan konsep perniagaan dalam  era  ekonomi digital. (C2)

Penilaian:

Penilaian Berterusan 60%
Kerja Kursus = 20%
Ujian 1 = 20%
Ujian 2 = 20%

Peperiksaan Akhir 40%

JUMLAH = 100%

# sila rujuk rangka kursus di sini..